Kamu pernah dilamun cinta?
Maksud aku..
Apa?
Kamu tanya siapa aku?
Aku Muka Keji, menulis bersama Muka Haram di blog yang keji serta haram ini.
Apa?
Oh, tidak.
Aku dan beliau (si Muka Haram) bukan adik-beradik.
Biarpun kami tinggal sebumbung.
Ok, berbalik pada tajuk sebenar.
Anda pernah dilamun cinta?
Mestilah. Kalau kamu rasa jantung kamu berdebar-debar ketika berjumpa dengan Rosmah, anak Cik Limah jiran belakang rumah kamu, itulah cinta.
Semua orang pernah dilamun cinta. Muka Haram pun pernah. Bahkan beliau baru sahaja putus dengan temannya.
Kamu tanya siapa bekas temannya?
Oh, jangan tanya aku. Aku pun sedang mencari jawapan yang sama.
Aku cuma tahu yang, bekas temannya itu seorang ________ tegar.
Perokok? Shuffler? Mat Rempit? Hmm.
*************************************************************************************
"Muka Keji! Cinta monyet bolehkah dikategorikan sebagai cinta sebenar?
Kenapa saya dipanggil ke bilik kaunseling setiap kali saya mahu berbincang tentang hal ini di sekolah?"
Nasihat saya:
Sekiranya kamu dipanggil sekali lagi, cuba mengemukakan alasan2 ini kepada kaunselor kamu:
1. Cikgu, cikgu tak pernah jadi remajakah? Tak pernah berumur 15 tahun? Lahir2 saja terus menjadi kaunselor? Cikgu takde hormon testosteron ke?? Keji betul.
2. Siapa kata cinta monyet bukan cinta sebenar? Kalau bukan cinta, tak perlu disebut cinta monyet. Pfft.
3. Kenapa monyet? Kenapa tidak beruk, gorila atau mawas?
4. Mawas pun boleh bercinta. Dengan awek cute lagi. Zati namanya.
5. Memanglah kami pergi ke sekolah untuk belajar. Tetapi kami juga perlu berkawan.
Cikgu sendiri yang cakap, "Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari."
Cikgu kalau buat t-shirt untuk budak2 indie mesti laku. Mereka lagi berminat untuk menulis di atas baju. Baguslah tu. Daripada tebang pokok untuk buat kertas, kemudian budak2 indie ni conteng buat design baju baru. Kan membazir tu? Lagipun, mereka rasa ilmu mereka penuh di dada. Maksud saya, ilmu yang dicetak pada baju kemudian memakainya.
6. Cikgu tak belajar biology ke? Lelaki memang tertarik pada perempuan! Cikgu nak kami jadi gay ke? Gila!
Dan kalau cikgu kamu masih tidak berpuas hati, tanpa segan silu beri kepada beliau Yahoo! Messenger saya.
************************************************************************************
"Muka Keji! Saya ada minat seorang awek di kelas saya. Dan saya pernah try nak bagi surat cinta dekat dia. Masalahnya, dia tu hot sangat sampai semua budak lelaki kelas saya pun nak cuba mengorat dia. Bahkan, mereka rampas surat saya, baca depan kelas kemudian tampal dekat papan kenyataan tepat2 bawah carta organisasi. Saya jadi malu! Apa patut saya buat?" - Indie_Malaya, Am-punk.
Saudara Indie_Malaya dari Am-punk, perkara yang berlaku pada kamu ini pernah berlaku pada sahabat saya, Dollah.
Beliau memuja Ropeah anak Pak Mat sepenuh hati. Tetapi takut untuk meluahkan isi hati beliau kerana takut diejek oleh rakan-rakannya. Terutama Suharto, anak Tok Ketua.
Tetapi beliau tetap tabah sehingga berani menyahut cabaran Suharto. Walhal cabaran itu sangat keji.
"Dollah bongek! Perasan kacak! Apahal kau nak dekat2 dengan Peah aku, hah??!!"
"Wei Haram, aku tak takut la dengan kau. Kau ingat, kalau bapak aku kerja dengan bapak kau, kau boleh buat suka hati?"
"Kecoh ah kau Lah! Kalaupun kau tu sangap sangat dekat si Peah, kau takkan dapat kahwin punya dengan dia!"
"Kenapa pulak, Haram?"
"Sebab kau belum sunat! Haha!"
Mendengar cabaran itu, Dollah terus menuju ke rumah Tok Mudim. Dan seterusnya, as they say, was history.
Hari Isnin itu, Dollah menuju ke sekolah berbekalkan semangat dan azam baru. Dan dengan rambut penuh melekit dengan gel rambut Bryllcreem.
Dollah memulakan langkah pertama:
Beliau pergi ke meja Peah. Dengan muka ketat, beliau berkata:
"Peah, aku ada teka-teki untuk kau."
"Hmm? Teka-teki apa? Teka-Tekuk Apek tu aku tak minat."
"Bukan!"
"Kalau bukan, apa dia sayang?"
Apabila dipanggil begitu oleh Ropeah, dengan muka yang lebih ketat dari Bree Van De Kamp dalam Desperate Housewives, dan jantung yang berdegup menikut rentak Shortgun Sudoku dari Dreto Soundtrack, spontan beliau terus memegang tangan Ropeah.
"Macam ni. Ada seekor arnab, yang kempunan nasik lemak. Masalahnya, gerai nasik lemak tu dekat seberang sungai. Arnab ni pulak tak reti berenang. Macam mana dia nak seberang?" sambil melukis ilustrasi di tapak tangan Ropeah dengan penuh khusyuk.
"Aku tak tau la. Bagitau la Lah!", rayu Ropeah dengan penuh manja.
"Mana ada arnab makan nasik lemak, sayang. Aku cuma mahu pegang tanganmu." kata Dollah dengan muka penuh sweet.
"Cuma ada arnab yang menanti setia menanti cinta darimu."
Ok, serius, aku geli part tu.
Saudara Indie_Malaya dari Am-Punk, sila ambil iktibar dari cerita fiksyen sains di atas.
Tidak,
Aku tidak menyuruh kamu pergi berjumpa Tok Mudim untuk sunat sekali lagi atau menukar nama kamu menjadi Dol_lah dari Am-punk. Tidak.
Aku juga tidak menyuruh kamu membuat teka-teki arnab yang jelasnya sangat bodoh dan keji.
Aku cuma mahu kamu tingkatkan keyakinan diri kamu mengajak awek itu keluar.
Cepat!
Sebelum Muka Keji datang dan menyambar mangsanya. Haha.
Sekian,
Muka Keji.